Tersebutlah
alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami
isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita,
ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara
serentak.......
Maka
sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa
mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....
Apabila
ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat
haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan
supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian
mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap
pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk
iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu
mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........
Seminggu
selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat
ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba
menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan
"Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka
fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....
Selang
seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka
yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi "Standard
Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard
Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka
tersenyumlah kedua orang tua tersebut....
Seperti
lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga
mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang
khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan
berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan
"MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa
yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca
iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan
MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
No comments:
Post a Comment