Wednesday, October 10, 2012

Kami Tetap Setia Walaupun Tersisih Dari Kemajuan

Kesian! tak lama lagi penduduk kampung ini akan mendapat durian runtuh..terima kasih kerana tak lama lagi zink baru, tangki biru dan 'angpau' akan diedarkan, tak apa asalkan dapat habuan sikit kami sudah gembira...'fixed deposit' lah katakan..

Biar hidup miskin dan daif asalkan boleh hidup dengan aman dan tenteram..itulah penduduk kampung yang berjiwa sederhana dan penuh kesyukuran, asalkan mereka ini diberi sedikit 'janji' sudah pasti akan setia sampai mati..

Tapi....sampai bila??! yang paling banyak 'berjasa' itulah yang tersisih..kadang terfikir, mengapa hidup ini tidak adil? dan ianya memang selalu begini...

Jangan salah faham, kami tetap bersyukur kerana zink baru boleh menggantikan atap rumah yang dah uzur ini...tangki biru boleh menadah air hujan untuk minum, memasak dan mandi, kalau hujan lebat boleh penuh juga tangki tu, bolehlah jadi bekalan untuk seminggu..

Kami tahu bahawa mereka tahu kami hidup dalam keadaan ini, tapi tak apa kami bersyukur kerana kami masih sihat dan masih lebih baik daripada insan-insan yang tidak memiliki apa-apa..


Cermin Diri, Muhasabah Diri

Kadang-kadang, dalam meniti kehidupan sehari-hari, ini kita selalu terlupa yang kita akan bersikap ujub/sombong/angkuh atau bangga diri. Kadang-kadang sikap itu akan keluar secara tiba-tiba tanpa kita sedari.

Kita selalu membanggakan sesuatu yang kita ada dan perkara itu kadang-kadang hanya akan disedari oleh orang lain. Sebab itu orang lain ada yang dalam diam menyampah dengan kita. Dan, sebab itu jugalah, kita digalakkan memohon ampun setiap masa dan ketika pada Tuhan selagi nyawa kita masih ada...

Cermin diri, muhasabahkan diri...

Monday, October 8, 2012

Sentiasa Mensyukuri Nikmat Walaupun Tidak Seberapa

Kadang-kadang kita tidak sedar pun yang kita sudah mendapat apa yang kita mahukan, Tuhan dah bagi apa yang kita minta...tapi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada..

"Bagi betis nak paha" pula..itulah sifat manusia..!

Ketika kita susah, kita meminta-minta pertolongan dari-Nya..bila dah senang, kita lupa bahawa setiap rezeki itu datang dari-Nya..kita lupa BERSYUKUR.

Marilah ambil masa seketika dan merenung kembali apa yang kita sudah perolehi..marilah belajar bersyukur, moga-moga menjadi kebiasaan mensyukuri nikmat walaupun tidak seberapa..

Jika anda membaca entry ini bermakna anda bernasib baik dan jauh lebih 'kenyang' daripada insan-insan yang lain yang tidak memiliki apa-apa..

Friday, October 5, 2012

Suka Mengaibkan Orang Tapi Aib Sendiri Tak Nampak


Janganlah asik mencari kesalahan orang lain. Cerminlah diri itu baik-baik, kerana tidak ada satu pun manusia didunia ini adalah sempurna. Kesian...kerana ada jenis manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tetapi kekurangan sendiri tak nampak.

Biarkan orang-orang yang suka mengata tentang kekurangan kamu, kerana ketika orang itu membuka mulutnya memalukan kamu maka, ketika itulah kebodohannya terserlah.