Kesian! tak lama lagi penduduk kampung ini akan mendapat durian runtuh..terima kasih kerana tak lama lagi zink baru, tangki biru dan 'angpau' akan diedarkan, tak apa asalkan dapat habuan sikit kami sudah gembira...'fixed deposit' lah katakan..
Biar hidup miskin dan daif asalkan boleh hidup dengan aman dan tenteram..itulah penduduk kampung yang berjiwa sederhana dan penuh kesyukuran, asalkan mereka ini diberi sedikit 'janji' sudah pasti akan setia sampai mati..
Tapi....sampai bila??! yang paling banyak 'berjasa' itulah yang tersisih..kadang terfikir, mengapa hidup ini tidak adil? dan ianya memang selalu begini...
Jangan salah faham, kami tetap bersyukur kerana zink baru boleh menggantikan atap rumah yang dah uzur ini...tangki biru boleh menadah air hujan untuk minum, memasak dan mandi, kalau hujan lebat boleh penuh juga tangki tu, bolehlah jadi bekalan untuk seminggu..
Kami tahu bahawa mereka tahu kami hidup dalam keadaan ini, tapi tak apa kami bersyukur kerana kami masih sihat dan masih lebih baik daripada insan-insan yang tidak memiliki apa-apa..
Wednesday, October 10, 2012
Cermin Diri, Muhasabah Diri
Kadang-kadang, dalam meniti kehidupan sehari-hari, ini kita selalu terlupa yang kita akan bersikap ujub/sombong/angkuh atau bangga diri. Kadang-kadang sikap itu akan keluar secara tiba-tiba tanpa kita sedari.
Kita selalu membanggakan sesuatu yang kita ada dan perkara itu kadang-kadang hanya akan disedari oleh orang lain. Sebab itu orang lain ada yang dalam diam menyampah dengan kita. Dan, sebab itu jugalah, kita digalakkan memohon ampun setiap masa dan ketika pada Tuhan selagi nyawa kita masih ada...
Cermin diri, muhasabahkan diri...
Kita selalu membanggakan sesuatu yang kita ada dan perkara itu kadang-kadang hanya akan disedari oleh orang lain. Sebab itu orang lain ada yang dalam diam menyampah dengan kita. Dan, sebab itu jugalah, kita digalakkan memohon ampun setiap masa dan ketika pada Tuhan selagi nyawa kita masih ada...
Cermin diri, muhasabahkan diri...
Monday, October 8, 2012
Sentiasa Mensyukuri Nikmat Walaupun Tidak Seberapa
Kadang-kadang kita tidak sedar pun yang kita sudah mendapat apa yang kita mahukan, Tuhan dah bagi apa yang kita minta...tapi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada..
"Bagi betis nak paha" pula..itulah sifat manusia..!
Ketika kita susah, kita meminta-minta pertolongan dari-Nya..bila dah senang, kita lupa bahawa setiap rezeki itu datang dari-Nya..kita lupa BERSYUKUR.
Marilah ambil masa seketika dan merenung kembali apa yang kita sudah perolehi..marilah belajar bersyukur, moga-moga menjadi kebiasaan mensyukuri nikmat walaupun tidak seberapa..
Jika anda membaca entry ini bermakna anda bernasib baik dan jauh lebih 'kenyang' daripada insan-insan yang lain yang tidak memiliki apa-apa..
"Bagi betis nak paha" pula..itulah sifat manusia..!
Ketika kita susah, kita meminta-minta pertolongan dari-Nya..bila dah senang, kita lupa bahawa setiap rezeki itu datang dari-Nya..kita lupa BERSYUKUR.
Marilah ambil masa seketika dan merenung kembali apa yang kita sudah perolehi..marilah belajar bersyukur, moga-moga menjadi kebiasaan mensyukuri nikmat walaupun tidak seberapa..
Jika anda membaca entry ini bermakna anda bernasib baik dan jauh lebih 'kenyang' daripada insan-insan yang lain yang tidak memiliki apa-apa..
Friday, October 5, 2012
Suka Mengaibkan Orang Tapi Aib Sendiri Tak Nampak
Janganlah asik mencari kesalahan orang lain. Cerminlah diri itu baik-baik, kerana tidak ada satu pun manusia didunia ini adalah sempurna. Kesian...kerana ada jenis manusia yang suka mencari kesalahan dan kelemahan orang lain tetapi kekurangan sendiri tak nampak.
Biarkan orang-orang yang suka mengata tentang kekurangan kamu, kerana ketika orang itu membuka mulutnya memalukan kamu maka, ketika itulah kebodohannya terserlah.
Thursday, August 2, 2012
Kisah Tiga Anak Dara
Tersebutlah
alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami
isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita,
ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara
serentak.......
Maka
sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa
mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....
Apabila
ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat
haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan
supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian
mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap
pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk
iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu
mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........
Seminggu
selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu
menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat
ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba
menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan
"Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka
fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....
Selang
seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka
yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi "Standard
Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard
Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka
tersenyumlah kedua orang tua tersebut....
Seperti
lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga
mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang
khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan
berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan
"MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa
yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca
iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan
MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."
Wednesday, July 11, 2012
Budak Dibiar Naik Motosikal Tanpa Helmet
Tak semua orang mempunyai kenderaan pacuan 4 roda sendiri, lebih-lebih lagi mereka yang tidak berkemampuan membelinya..paling mudah nak beli pun motosikal, malangnya perlu memakai helmet untuk tujuan keselamatan kepala jika berlaku kemalangan..bukan sekadar mematuhi keperluan undang-undang saja tetapi kesedaran tentang keselamatan itu amat penting..
Gambar diatas buatkan saya pada ketika itu rasa nak "sound" abang ni, anak lelakinya yang terlampau bergerak dan tak senang duduk atas motor tu sangat merbahaya..apa jadi kalau budak tu terjatuh? hermm..
Kalau nak bawa budak kecil pun, bagilah pakai helmet..bukan mahal pun helmet tu, jangan pentingkan diri sendiri ! in case kemalangan, bapaknya selamat anak macam mana? kalau saya, saya lebih rela bagi helmet tu dengan anak kecil ni..
Tak berhati perut punya bapa..kesian budak ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)